Tuan-Tuan & Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian
Kami ingin menyaksikan ribuan anak-anak yang cintakan Al Quran, membaca dan menghafalnya. Kami juga ingin berkongsi peluang ini untuk kita sama-sama melakukan sedekah jariah untuk bekalan kita di sana kelak. Sebuah projek hasil inisiatif sekumpulan anak muda yang ingin meneruskan semangat kesukarelawanan yang ada dengan menganjurkan program-program yang boleh memberikan manfaat kepada semua umat manusia. Semua projek yang sedang dan akan dijalankan adalah di bawah pantauan dan nasihat daripada Ybhg Ustaz Muhidin Mokter, selaku Penasihat JALINAN.
Sebelum kami teruskan dengan Jualan Wakaf AlQuran ini, suka untuk kami maklumkan yang kami juga sedang dalam misi bantuan Banjir 2021. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir samada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mahupun keperluan untuk pasca banjir (proses pembersihan) di rumah.
Allah SWT Berfirman Yang Bermaksud: “Bandingan (Derma) Orang Yang Membelanjakan Hartanya Pada Jalan Allah, Ialah Sama Seperti Sebiji Benih Yang Tumbuh Menerbitkan Tujuh Tangkai; Tiap-Tiap Tangkai Itu Pula Mengandungi Seratus Biji. Dan (Ingatlah), Allah Melipatgandakan Pahala Bagi Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya, Dan Allah Maha Luas (Rahmat) Kurnia-Nya, Lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)
Kami dengan ini menjemput semua lapisan masyarakat yang berada di semua sektor baik swasta mahupun kerajaan, golongan-golongan korporat untuk turut serta di dalam Projek Jualan Wakaf Alquran hasil inisiatif daripada JALINAN ini.
Naskah AlQuran Yang Telah Dibeli Akan Di Serahkan Ke Masjid-Masjid Dan Pusat Pengajian Yang Terpilih. Senarai Lokasi Yang Dipilih Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa. Rakaman Juga Akan Dibuat Semasa Proses Serahan Dilakukan Demi Menjamin Ketelusan Di Dalam Operasi Kami.
Al-Quran Al-Haramain bersaiz A4 menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca. Al-Quran Tafsir ini membahaskan secara sistematik mengikut 7 tema iaitu Ibadah, Muamalat, Akidah, Sirah Nabawi, Kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Bersumberkan rujukan sahih daripada metod penafsiran para ulama' yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma'sur). Diharapkan dapat menjadi penyelesaian tepat dalam membentuk latar belakang pemahaman seseorang terhadap al-Quran. Turut disertakan dengan indeks bertema yang memudahkan untuk merujuk pada ayat berkaitan. Al-Quran Tafsir ini diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
**************************************************